Microsoft Excel

19 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Ogos 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah menjalankan kelas Microsoft Excel. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 4 orang belia. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan tentang Microsoft excel. Selain itu, excel sangat penting untuk dipelajari terutama golongan dewasa kerana setiap data akan lebih tepat dan rapi serta kemas. Hal ini adalah kerana excel mempunyai formula untuk merumus data atau membuat perhitungan dengan logik. Seterusnya, excel mampu menyimpan data yang cukup besar. Oleh itu, Microsoft excel sangat bermanfaat terutama kepada golongan belia yang ingin membuat grafik data dan sebagainya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali